Wednesday 24 October 2012

Berpuasa Sunat Hari Arafah


Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَNabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.



selamat berpuasa

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Tuesday 23 October 2012

Derita Anak Hadapi Penyakit Misteri

SAKIT KULIT…Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah…nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.
Derita anak
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.
Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.
Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.
semoga adik ni cepat sembuh ..aminn sama-sama kita doakan ye

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 15 October 2012

Perkemahan Integrasi Unit-Berunifom

Assalamualaikum suma,,jawab jangan tak jawab dosa tau..hehe
aik waktu macam ni pon boleh update blog ke ? konpem tak gi skolah..(pemalas)kempen sikit je pon dah malas nak sekolah , ape nak jadik la,,hehe
bila lagikan nak buat cuti sendiri,, waktu macam ni la nak ambik kesempatan pon..haha
fuhh memang penat tak hingat dunia betol perkemahan yang aku pegi tu,,mana taknye tido tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah(tido tak cukup,makan tak sedap,mandi takda air)heheh
aktiviti dia perghh tak penat siap dah,tapi best la jugak,,tapi ada jugak la yang tak best yang masuk dalam longkang dan berenang dalam selut tu,,kotor ! geli gilaa(tapi aku tak berenang pon)haha
tak penah-penah pon aku main dalam longkang tiba-tiba kene merangkak dalam tu,,perghh sakit badan-badan..pertandingan yang diadakan pon ok la dan tak sia-sia Kadet Polis dapat 2 hemper..hahah
1 hamper dalam pertandingan treasure hunt(johan ooo) dan 1 lagik dalam pertandingan pertolongan cemas(naib johan)..koo dok bangga..hahah
pertandingan memasak rimba kami kalah(nampak sangat tak pandai masak)kan,kan,hehe dan pertandingan kawad kaki pon kalah(kami tak minat sangat kawad-kawad ni)haha
perkemahan tu dijalankan selama 3 hari 2 malam kat sekolah aku je..tak mampu nak g jaoh-jaoh kot..hehe
masa malam2 ada la takot jugak sebab main aktiviti yang orang panggil Burung Hantu tu pada pukul 2.30 pg-5.00 pg kat padang,,kene dok sorang2 tapi takda la seram sangat pon..(yang ni malam pertama)..yang malam kedua pulak kene dok kat padang jugak,mula2 cikgu soh pegi ikut unit berunifom masing2 duduk kat tempat yang cikgu suruh..waktu ni aku dengar macam2,,kumpulan aku kene dok kat atas bukit dekat dengan bilik KH..aku dengar kerusi dan meja macam jatuh banyak kali jugak,,pastu dengar orang ketuk tiang besi..tak tahu la benda tu suma betul ke ataupon cikgu yang buat..tapi bila aku pikir sapa yang nak buat benda tu suma..pastu cikgu panggil sorang2 mula dengan ketua dulu pegi jumpa cikgu kat tengah padang...aku pon pegi lah sebab aku ketua..tinggallah anak-anak buah aku kat atas bukit..cikgu suruh aku dok sorang-sorang kat tiang kemah,,pastu panggil pulak sorang lagi dari kumpulan masing2 turun jumpa cikgu,,diorang kene cari ketua masing2,,akhirnya ahli kump aku jumpalah aku,,tapi cikgu tengok senang sangat ahli aku jumpa aku akhirnya dia suruh aku pegi kat tiang bola hujung padang...tinggal lah beberapa orang lagi ahli kump aku kat atas bukit tu..sorang-sorang ckgu suruh turun cari aku..masa aku dok kat tiang bola tu aku dengar benda yang pelik jugak(rasa takot jugak)tapi buat derk je..aktiviti ni sampai pukul 1.30 pg..pastu kami pon masok tido sbb dah penat sangat..

wah dah macam karangan la..haha

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 1 October 2012

Mengejutkan! Wanita 50 Tahun Mengandung Seekor Ular

Assalamualaikum..
ok tadi aku ada baca satu article ni kat facebook,memang tekejut berok jugak la(bahasa kampong)tengok dia punya title..hahah
disebabkan tajuknya yang menarik perhatian aku untuk membaca ,jadik aku nak kongsikan dengan korang ceritanya..

Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandungkan seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan.
Apabila merasakan perutnya membuncit, dia telah menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.moral valuenya kat sini berhati-hati ketika nak minum air di dalam perigi/telaga

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥