Saturday 31 December 2011

selamat datang tahun baru 2012 ..

bismillahirahmanirrahim .. assalamualaikum ?
cantik kan ?
jeng jeng jeng al kisah tersebut lah kisah ,, sang kancil datang beramai ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun.. hahah merapu aku ! aku rasa tak sampai 24 jam lagik aku taip entri nih aku taip lagik ..hahah ! hari nih penutup bagi tahun 2011 dan kita tak akan jumpa lagik tahun 2011 ..sedih kan ? heheh!tepat jam 12.00 malam satgi berakhirlah 2011 dan selamat datang tahun 2012 ..wah3 dah makin tua lah aku nih .. tapi tetap comey (aik perasan nye) hehe! beberapa hari lagik persekolahan pon akan bermula tak sabar2 rasanya nak bersekolah ..(akukan budak sekolah lagik)hahah! malam satgi mesti meriah ramai yang sambut tahun baru tapi aku tak penah pon ..hehe..

k lah boring pulak aku dok taip entri jer .. dah la entri aku tak best .. haha!
k babai semua..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 30 December 2011

terharu budak 8 A belanja ..

bismillahirahmanirrahim..assalamualaikum ?

cekcekcekidaut..hahah!hai semua amacam sihat x arinih ? harap2 sihat la yer ..arinih aku nak taip entri sikit la sebabnya nak cerita kat korang yang aku nan kawan2 aku keluar jalan2 cari pasal kat bandar gerik..hahah ! best walaupon hanya 2 orang sahaja yang datang..minggu lepas aku keluar dah dengan tuan tanah strawberrycoklatz.blogspot.com dan artis popular siti norhaliza tapi xkeluar dengan budak 8 A sebab dia takdak..heheh! aku xtangkap gambar pon keluar sebelom tuh jadik takdak lah gambar yang nak aku kongsikan nan korang tapi aku ada gambar yang aku keluar semalam..huhu..nah, amek tengok gambar kat bawah! hahah,,
malu bersama budak 8 A

bersama model slim world
cikit cukup r aku tunjuk kat korang,,banyak2 nanti kata nak menunjuk pulak..hahah
dan tak lupa juga aku nak berterima kasih kepada budak 8 A kerana telah belanja aku nan model slim world makan makanan yang sedap2 tuh! tq-tq

k lah aku dah takdak modal nak cakap hape ..
babai

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 23 December 2011

dilanda dilema

gambar sekolah sapa lah ni yang aku curik  hahah !

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum,,

helo,,helo,,helo,,kopi ke melow ?? hahah !
selamat petang kepada teman spoting yang sedang membaca entri nih..huks2,,ermmm ak nih sedang dilanda dilema yang agak merbahaya pada saat ini..nak tahu kenapa ? aku dah tak tahu nak bersekolah kat mana tahon depan  ish3 kesian.tahon depan aku dah masok 16 tahon muda lagi taw...aku baru je mengambil result PMR semalam..sobs2,,sedih tuuu..sebabnya aku dapat sikit je tak macam bff aku noor aniszan dy dapat result meletops gitu,,8 A oo ! dahsyat kan,,tapi dy kedekut nak share A tuh nan aku,,hahah !lasong aku dapat cikit..heheh..sebenarnya aku berharap dapat sekolah SBP tapi dah result aku tuh tak memuaskan jadik aku rasa cam takdak harapan lah..bff aku walaupun dapat result yang gempak dan meletop2 macam mercun bola tuh tapi dye taknak pindah pulak(nak jadik ketua pengawas sekolah la tuh)hahah !jangan marah!aku nak pindah sebabnya nak dok kat hostel kononnya nak berdikari lah ..hehe ..tapi nak pindah mana dah result..hampehh..kalau aku tak dapat tawaran mungkin dok je lah kat sekolah kesayangan ku itu..hahah..tapi cikgu nurul hafiza dah takdak(tak best la camni),,kawan aku yang lain pon rasanya nak berpindah randah jugak kot macam orang paleolitik!hahah!tak pelah nanti kita tunggu je tawaran yang aku apply tuh kalau tak dapat mungkin takdak rezeki...
nih la bff aku yang aku dok cerita tadi 8 A tu..
tahniah tahniah !eh,eh,bukan baju oren tuh,,baju koko la..hahah baju oren tu sebok je
A pon cikit jep..

terima kasih sudi mendermakan mata untuk membaca blog saya ..
k babai..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Saturday 17 December 2011

cinta di laman muka buku !

bismillahhirahmanirrahim .. assalamualaikum ??

terasa rajin aku nih ,, hari2 menaip entri .. hahah ! al-maklumlah boring cuti2 camni..hari nih aku ada cerita cikit yang nak dikongsikan nan korang .

hari pertama seorang pengguna facebook , yakni seorang wanita yang sering berkongsi gambar,rata-ratanya foto aksi lagak berahi. mungkin terasa dirinya agak comel  disitu telah meng'update "status" kalau cinta ibarat penyakit , aku taknak makan ubat.Biar aku merana  diserang penyakit ini kerana aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!status yang merobek jiwa ini berjaya mendapat jumlah "LIKE"yang tinggi dalam masa yang singkat.
ibarat orang bercinta lah nih

fenomena meraih cinta di facebook memang popular di zaman kegemilangan ini.hanya perlu login sahaja,cinta sudah berada di depan "screen komputer".namun cinta di facebook tak seindah yang digambarkan di status.bagi aku cinta jenis ini hanyalah untuk memenuhi aplikasi yang ada pada facebook tersebut.

maka dengan itu tidak hairanlah status di facebook single berubah kepada in a relationship with ? begitu juga sebaliknya.dan tersangat mustahil status itu akan di "upgrade" ke engaged ataupun married kerana cinta di facebook akan putus di tengah wall.bagaikan internet kehilangan sambungannya..heheh !

hari kedua,wanita ini meng'update status lagi"cinta itu hanya menyakitkan!"juga mendapat jumlah like yang tinggi, seiring dengan itu status perhubungan bertukar kepada "single".selang beberapa hari kemudian wanita ini meng'update status lagi"disaat aku memerlukan seseorang,kau hadir mengisi ruang hatiku yang kosong ini".tup-tup status kembali kepada in a relationship bersama teruna facebook yang lain.

melihat daripada fenomena ini,aku mula memeditasi"boleh percaya ke mendapat cinta di facebook"jawapan aku mendapat cinta di facebook penuh dengan kemunafikan dan keburukannya boleh menyebabkan jiwa menjadi kacau bilau.mana tidaknya,malu dapat,kritikan pon dapat.permasalahan ini sering berlaku kepada remaja(agak2 sama umo nan aku x)ataupun belia yang kemaruk cinta..hahah !konklusinya tidak mudah untuk mengetahui orang itu benar2 jujur berhubungan dengan kita.tambahan lagi di alam maya yang penuh kepura-puraan ,kerana masing2 mempunyai agenda yang tersembunyi.jadi berhati-hati lah eak ! hahah !

thanx kalo sudi nak membaca entri kunta's kinte yang agak membosankan ini .hahah !
p/s:menaip entri dalam keadaan lapar..hwuaaa
k la ek babai !!

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 14 December 2011

my best frenz

gamba nih waktu bulan puasa arituh . tak semua pon budak kelas aku yang datang !

bismillahhirahmanirrahim ,, assalamualaikum ?

baru selesai membuang semua sawang2 yang melekat kat blog kunta's kinte nih . agak2 blog kunta's kinte nih berpenunggu x ? hahah !
hari nih aku nak taip entry pasal kawan2 aku lah ,, sebabnya aku dah rindu kat diorang tuh . al-maklumlah dah dekat sebulan lebih aku x berjumpa nan diorang suma ,,tapi minggu depan aku boleh jumpa diorang semua sebabnya kami semua akan amek keputusan PMR kat sekolah . takot rasanya nak amek keputusan tuh tapi aku kene bertawakal lah sebabnya aku dah berusaha buat yang terbaik untuk PMR arituh .
harap2 aku nan kawan2 aku budak kelas 3 budiman mendapat 8 A dalam PMR nih . korang berdoalah untuk kita ek !

tak sabar2 rasanya nak berjumpa nan kawan2 aku  semua tuh dan tak lupa juga dengan cikgu2 yang telah mengajar kami(rindu sesangat)






nih video sebelum kami menduduki PMR ,dahsyatkan ! lebih kurang seminggu atau pun 2minggu rasanya nak PMR aku wat video nih tapi kami dok main2 lagi nak exam . hahah !
besok nak exam baru kami serius . heheh ! tapi best la dok dalam kelas nan kwan2 aku semua tuh , diorang suka wat lawak terutamanya budak2 laki ..budak pompuan tolong gelak je.. heheh ! yang selalu senyap pon firdaus nan khairi je . hahah ! yang len semua malok dan lorat . hahah !

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 4 December 2011

puasa 10 muharram hari asyura

puasa taw
bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum??

wazzupwazzup,,hai korang semua sihat x??harap2 sihat la hek!hari nih aku rasa rajin nak menaip entri la pulak..harap2 korang rajin nak membaca entri aku yang xmenarik nih..korang tahu x yang sekarang nih kita dah masok tahon baru??(mesti tahu punya)hari nih dah 9 hari kita di tahon baru maknanya kita dah masuk 9 muharram taw!korang dah cek ke diri korang??(ada perubahan x)heheh..selalunya kalo masok bulan muharram nih penduduk kg penin lalat(bukan penduduk penin lalat je)mesti sebok dok buat bubur asyura kan??korang penah makan x??aduh,aku cakap pasal makan la pulak!sebenarnya aku nak puasa la besok(puasa pada 10 muharram)hari asyura tu..sunat taw untuk kita berpuasa!kunta's kinte harap korang dapat puasa lah besok eak.tapi besok xdak lah korang boleh pegi bazar ramadan sebab nih puasa sunat je..kalo korang nak berpuasa besok aku boleh bagi dye punya niat puasa..nih dye niat puasanya!

"sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

nak tahu apa fadilatnya x kalo kita berpuasa tu??
kita diberi pahala seribu kali Haji,seribu kali Umrah,seribu kali syahid dan diharamkan dari  neraka.
*tu pon kalo kita x melanggar apa yang patut*

selamat beramal yer^-^
thanx kalo korang sudi nak membaca!
#babai#

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 1 December 2011

Wanita Solehah

 
  • Adalah Wanita Suri Teladan 
  • Lembut Tanganmu Mampu Menghurai Seribu Masalah
  • Di Bawah Ayunan Buai Oleh Jejari Halusmu Lahirlah Cahayamata Yang Menyinar Dunia Dengan Pancaran Keimanan 
  • Kau Dilahirkan Bersifat Penghuni Syurga , Lemah Lembut , Penyantun Dan Pemalu 
  • Peliharalah Maruah Dirimu Sepanjang Waktu Dalam Berhijab 
  • Koreksi Dirimu Selalu Kerana Dikhuatiri Nafsumu Yang Sembilan Akalmu Yang Satu Tidak Mampu Mengharungi Kemelut Dunia Yang Serba Palsu Ini
  • Dekatkan Dirimu Selalu Kepada Allah Dan Sentiasa Taubat Dan Malu Di Atas Keterlanjuran Masa Lalu 
  • Bila Kau Disunting Menjadi Seorang Isteri , Jadilah Isteri Yang Setia , Utamakan Mengurus Rumahtangga , Menjaga Amanah Dan Harta Suamimu , Mengasuh Dan Mendidik Anak-Anak Bagi Menatang Cahayamata
  • Muliakan Ibu Bapa Dan Ahli Keluarga Ta'ati Perintah Allah Dan Jauhi Larangannya , Serta Manis Dalam Menjalin Hidup Mengikut Sunah Nabi Tercinta
  • Insyaallah Kau Adalah Wanita Sejati . Amatilah Sebuah Hadis Rasullullah SAW:
"Apabila Seorang Wanita Telah Melakukan Solat Lima Waktu Dengan Sempurna , Berpuasa Di Bulan Ramadan Cukup Syaratnya , Menjaga Maruah Dirinya , Serta Menta'ati Suaminya , Maka Diakhirat Akan Diseru Untuk Masuk Ke Dalam Syurga Dari Arah Pintu Mana Yang Ia Suka"

(Riwayat Oleh Al-Bazzar)

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥