Sunday 23 December 2012

Golongan Yang Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar


Assalamualaikum,,
haa dah brapa hari aku tak skodeng blog ni sebab balik kampong,,
penat dah la jaoh nun di sana,,okay memandangkan aku dah sampai rumah semalam hari ni aku nak update blog,,yeayy..hahah
tapi aku copy paste je dari facebook..hahah

Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia.. bayangkan betapa panasnya pada ketika itu.. Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia.. Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.. Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.

Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali. Ada yang peluhnya hingga ke betis.. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang.. Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4.Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya

Semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu... Aamiinn.. 

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 13 December 2012

Tahun Yang Bermakna

assalamualaikum,,
cewahh tajuk entri aku kemain lagi kan penuh makna gituu*haha
rasa cewi la pulak buat post title cam tu!!hehe
kita sekarang pon dah dekat penghujung tahun kan?berapa minggu lagi persekolahan pon dah nak mula,,aduh dah la aku nak hambek exam SPM,,hwaaaaaa*gedik pulak padahal tak nangis pon..hahah
aku rasa tak cukup masa lagi nak ambek exam,,baru je rasa lepas PMR.betapa cepatnya masa berlalu kan?
*tanda-tanda kecil kiamat..tahun 2013 akn menjadi tahun yang bermakna la bagi aku sebab nak amek SPM..insyaAllah kalau panjang umo..takotnya aku nak exam ntah sepatah haram pon aku tak paham lagi subjek2 yang aku ambek,,ni kan pulak nak exam penting cenggini,,fuhh boleh migrain kalau camni,,tahun depan mesti nak kene hadap je buku ,,9 subjek ?ahhh
kekadang kalau baca 1 buku pon bukan dok masok dalam otak,,kalau masok pon mungkin salah satu ayat dalam buku tu..emm takut badai tahu enggak?haha pengaruh cite endon..harap maklum#
iklan 1 malaysia kejap !!hahah
sambung balik..baju?beg?kasut?suma xdak yang baru..tak semangat song nak sekolah balik..baru rasa cuti macam seminggu..lesen moto pon tak hambek lagi*hegeh-hegeh nak amek lesen ,moto pon tak reti bawak,ciss badan je besar bak kata kump jambu*APAPUN TAK BOLEH*hahah,,sadis betul cita aku kali ni..aku rasa macam nak wat tema pink tahun depan,,tapi tak dak duit nak beli beg baru,,pokai dah..hahah
malas nak guna duit mak bapak aku,,aku kan baik tak suka nak menyusah!haha,,jadi guna lah beg lama yang berwarna kuning tu,,,sebenarnya aku baru la jugak beli beg tu sebab tu tak beli dah tahun depan,,cuma ingat nak beli jam pink atau kuning je,,tu pon kalo ada rezeki..hahah menyampah betul hang ni suma nak beli duit tak dak,,mengada-ngada..
k lah panjang berjela pulak aku taip,,by ada keje nak aku buat..jumpa lagi...

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Saturday 8 December 2012

Tutorial : Post Title Background


Salam , 

Hari ini ,aku nak ajar korunk buad "Background Post Title"
haha. nak blaja tak ? okie! aku ajarkan oke?
Kat bawah niyh , aku ada kasi contoh gambar background tuh:)



Oke, nak blaja kan ?
Meh cini :)

1.Log in --> Design --> Edit Html
2.(Tekan Ctrl+F) Search .post h3 { kalau tak de , cari ini  h3.post-title {
3.Kalau tak jadi kod dua2 yg kat atas niyh... korang boleh paste kod di bawah ini kat bawah h4 }
4.Copy and paste code ni di bawah .post h3 { ataupun dibawah h4 }
    border:0px dashed #cc99cc;        text-align: center;
    margin:.5em 0 .5em;
    padding:0 0 4px;
    font-size:140%;
    font-weight:normal;
    line-height:1.2em;
    background:url(URL BACKGROUND);
    color:$titlecolor;
    } 
5.Bagi sesiapa yang mencari kod ini >>  h3.post-title {

Korang paste kod ini di bawah kod yang korang carikan tu ok ?:)
    border: 3px solid #C0C0C0; background: url(URL BACKGROUND);
Yang aku tulis tulisan warna merah tu en , korunk gantikan dengan URL background yang korang suka.
6. Preview dulu . !
7.Then,Save template! :)

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 6 December 2012

Rindu Blog

Assalamualaikum ?
hehe dah lama aku tak update blog ni,rindu pulak hari ni nak update,,
memandangkan aku pon dok sesaja je cuti-cuti gini pagi ni aku nak kongsikan satu cite ..hahah
gosip?politik?resepi?haha,,semua bukan..nak tahu jom baca lagi..

Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.

Bagi aku, maksud cinta selepas nikah itu ialah “percintaan/bercinta” yang wujud hanya selepas nikah,hanya selepas sah akad nikah.

Tiada “percintaan/bercinta” sebelum nikah. kita lihat remaja sekarang kebanyakannya “bercinta” sebelum nikah atau istilah mereka “couple”. Tiada istilah “Couple” dalam islam sebelum menikah. “Couple” itu wujud hanyalah selepas nikah.

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.

wah aku cerita pasal cinta hari ni..hahah
maklumlah aku kan tak penah cita pasal cinta-cinta ni,tetiba terdetik kat hati nak kongsi ngan korang pasal ni..hahah
k babai....jumpa lagi nanti,,tengs for read..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 24 October 2012

Berpuasa Sunat Hari Arafah


Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَNabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.



selamat berpuasa

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Tuesday 23 October 2012

Derita Anak Hadapi Penyakit Misteri

SAKIT KULIT…Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah…nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.
Derita anak
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.
Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.
Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.
semoga adik ni cepat sembuh ..aminn sama-sama kita doakan ye

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 15 October 2012

Perkemahan Integrasi Unit-Berunifom

Assalamualaikum suma,,jawab jangan tak jawab dosa tau..hehe
aik waktu macam ni pon boleh update blog ke ? konpem tak gi skolah..(pemalas)kempen sikit je pon dah malas nak sekolah , ape nak jadik la,,hehe
bila lagikan nak buat cuti sendiri,, waktu macam ni la nak ambik kesempatan pon..haha
fuhh memang penat tak hingat dunia betol perkemahan yang aku pegi tu,,mana taknye tido tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah(tido tak cukup,makan tak sedap,mandi takda air)heheh
aktiviti dia perghh tak penat siap dah,tapi best la jugak,,tapi ada jugak la yang tak best yang masuk dalam longkang dan berenang dalam selut tu,,kotor ! geli gilaa(tapi aku tak berenang pon)haha
tak penah-penah pon aku main dalam longkang tiba-tiba kene merangkak dalam tu,,perghh sakit badan-badan..pertandingan yang diadakan pon ok la dan tak sia-sia Kadet Polis dapat 2 hemper..hahah
1 hamper dalam pertandingan treasure hunt(johan ooo) dan 1 lagik dalam pertandingan pertolongan cemas(naib johan)..koo dok bangga..hahah
pertandingan memasak rimba kami kalah(nampak sangat tak pandai masak)kan,kan,hehe dan pertandingan kawad kaki pon kalah(kami tak minat sangat kawad-kawad ni)haha
perkemahan tu dijalankan selama 3 hari 2 malam kat sekolah aku je..tak mampu nak g jaoh-jaoh kot..hehe
masa malam2 ada la takot jugak sebab main aktiviti yang orang panggil Burung Hantu tu pada pukul 2.30 pg-5.00 pg kat padang,,kene dok sorang2 tapi takda la seram sangat pon..(yang ni malam pertama)..yang malam kedua pulak kene dok kat padang jugak,mula2 cikgu soh pegi ikut unit berunifom masing2 duduk kat tempat yang cikgu suruh..waktu ni aku dengar macam2,,kumpulan aku kene dok kat atas bukit dekat dengan bilik KH..aku dengar kerusi dan meja macam jatuh banyak kali jugak,,pastu dengar orang ketuk tiang besi..tak tahu la benda tu suma betul ke ataupon cikgu yang buat..tapi bila aku pikir sapa yang nak buat benda tu suma..pastu cikgu panggil sorang2 mula dengan ketua dulu pegi jumpa cikgu kat tengah padang...aku pon pegi lah sebab aku ketua..tinggallah anak-anak buah aku kat atas bukit..cikgu suruh aku dok sorang-sorang kat tiang kemah,,pastu panggil pulak sorang lagi dari kumpulan masing2 turun jumpa cikgu,,diorang kene cari ketua masing2,,akhirnya ahli kump aku jumpalah aku,,tapi cikgu tengok senang sangat ahli aku jumpa aku akhirnya dia suruh aku pegi kat tiang bola hujung padang...tinggal lah beberapa orang lagi ahli kump aku kat atas bukit tu..sorang-sorang ckgu suruh turun cari aku..masa aku dok kat tiang bola tu aku dengar benda yang pelik jugak(rasa takot jugak)tapi buat derk je..aktiviti ni sampai pukul 1.30 pg..pastu kami pon masok tido sbb dah penat sangat..

wah dah macam karangan la..haha

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 1 October 2012

Mengejutkan! Wanita 50 Tahun Mengandung Seekor Ular

Assalamualaikum..
ok tadi aku ada baca satu article ni kat facebook,memang tekejut berok jugak la(bahasa kampong)tengok dia punya title..hahah
disebabkan tajuknya yang menarik perhatian aku untuk membaca ,jadik aku nak kongsikan dengan korang ceritanya..

Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandungkan seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan.
Apabila merasakan perutnya membuncit, dia telah menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.moral valuenya kat sini berhati-hati ketika nak minum air di dalam perigi/telaga

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 30 September 2012

Best ke Main Poke-poke di Facebook

Assalamualaikum..
hai dah lama tak hupdat blog ni,,bukan apa kadang-kadang malas nak taip tapi bila rajin tak tahu pulak nak taip pasal apa..hehe
ok memandangkan aku terasa rajin nak taip ,,aku nak kongsikan dengan korang pasal poke-poke kat facebook ni.
apa itu poke ?
binatang apa poke ni ? makanan ke ? baju ke ?
haa ni dialah  button poke tu..
 
penah tengok tak?kalau tak penah mesti takdak facebook..hahah
ok aku  nak bagitau dengan details apa kegunaan benda alah ni..
button poke ni adalah untuk korang cuit-mencuit dengan sesiapa yang poke korang atau korang yang poke mereka..
1.jika orang yang tak kenal mengepoke korang
mereka ni cuba nak menggatal dengan korang pastu nak tengok korang poke back tak,,maknanya kalau korang poke back korang memberi isyarat yang terbaikk bagi mereka yang ingin menggatal @ berkenalan(bahasa sopan)haha
2.jika orang yang dah lama kenal mengepoke korang
maknanya mereka dah lama tak dengar khabar angin pasal korang,,mungkin rindu ala sweetnya dan juga mungkin ingin cari pasal..hahah..mereka ini juga mungkin nak korang poke back..hihi
3.jika selalu sangat suka poke-poke ni
yang ni paham-paham sendiri lah ye..hahah

ok dah paham dengan poke-poke ni ?
nanti mesti la suka nak main poke-poke ni kan?
p/s:sesiapa suka main poke lah aku,,then,aku akan poke back,,hehe

korang penah main poke-poke ke ?dengan sape?cite la kat ruang comment..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 23 September 2012

Rahsia Tahi Lalat

assalamualaikum..
1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati


3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana



korang nombor berapa ?cek cepat haha

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 10 September 2012

Ada Kita Ambil Tahu Semua ni?




Tidak dipandang sebagai perjalanan yg utama kecuali kepada tiga masjid yaitu masjidku ini,al-Masjidil Haram dan al-Masjidil Aqsa. Solat di dalam masjidku ini lebih utama dari seribu solat di masid lainnya kecuali di al-Masjidil Haram

(H.R. Bukhari,Muslim dan Ahmad,Abu Dawud,an-Nasai dari Ibnu Majah yg bersumber dari Abu Hurairah) 



SubhanaALLAH.

tingginya kelebihan Masjid Al-Aqsa, bukan? tapi pernah tak ambil tahu keadaan masjid yang ke dua tertua di dunia ni? kalau pernah, tahniah sebab masih lagi ambil berat tentang keadaan Islam sekarang ni. 

tahu tak yang Yahudi tengah gigih sesuka hati dorang rebut Masjid Al-Aqsa kita ni? tahu tak rejim Zionis ilek je gali gali bawah Masjid Al-Aqsa sebab nak rosakkan masjid yang diberikan ganjaran pahala yang amat banyak untuk siapa bersolayt di sana?

itu la keadaan sekarang. Yahudi seboleh bolehnya nak rosakkan Masjid Al-Aqsa kita ni dengan harapan  dorang yang kemain tinggi untuk merosakkan Masjid Al-Aqsa dan membangkitkan semula Temple of Solomonkebanggaan Yahudi laknatullah. 

keadaan%2Bmasjid%2Bal%2Baqsa%2B%25285%2529 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang

 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang   Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
ihsan : Gempak  

sayangnya sekarang, Umat Islam yang nak dapatkan kelebihan bersolat di Masjid Al-Aqsa terpaksa bersolat di luar masjid. macam macam perangai Yahudi dorang buat untuk musnahkan masjid ni. Tahun 2000 dulu, adalawatan penuh provokasi oleh Ariel Sharon yakni Perdana Menteri Israil ke kompleks Haram al Sharif. tskkk T_T

tapi tak banyak kita kita yang tahu semua ni. sebab kita tak nampak pentingnya semua ni dalam agama kita.kita cuma nampak untuk kepentingan diri kita saja. kita tak ada semangat untuk selamatnya Masjidil Aqsa ni. kita cuma tahu selamatkan diri kita.

kalau kita sayang Masjid kita ni, kalau kita cuba berusaha untuk dapatkan balik Masjidil Aqsa, kalau kita benci perangai Zionis, apa kata kita cuba ambil tahu lebih pasal keadaan Masjidil Aqsa sekarang? kita cuba tanamkan rasa bertanggungjawab untuk selamatkan Masjidil Aqsa kita semua. kita attend seminar untuk selamatkan Masjidil Aqsa dari rejim Zionis.

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 30 August 2012

15 Rahsia Besar Kaabah Di Mekah


Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah Mekah.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabahkerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untukmembersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahualam….

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 29 August 2012

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari




Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Misteri Binaan Piramid Akhirnya Terjawab

Misteri Binaan Piramid Akhirnya Terjawab

assalamualaikum...
emm dah lama xupdate blog nih rasa macam dah basi je..huhu
rsanya tak terlambat lagi aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..hehe
ok harinih aku dapat maklumat yang bermanfaat la untuk dikongsikan,,jom baca lagik kat bawah...

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia telah dibina.

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid itu kerana batuan berkenaan amat berat.

Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah.

Ada juga yang mengatakan batu-batuan tersebut diletakkan menggunakan alat pembinaan yang dicipta khas.

Tetapi apakah rahsia disebalik pembinaan piramid ini?

Pada 1 Disember 2006, akhbar Amerika Times, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun amat mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan hal seperti ini.

Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Tetapi Al-Quran telah pun mempunyai jawapannya, jika dikaji lebih mendalam, Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan.

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Subahanallah! Rupanya ia sudah termaktub di dalam Al-Quran!

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan, raksasa, patung-patung dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

;;;;;;;;;;;;;;;byby;;;;;;;;;;;;;;;






♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 20 July 2012

First Day Bersahur untuk Ramadan 2012

saja tayang tak dak kena mengena dengan entry
Assalamualaikum..
hye korang SELAMAT BERPUASA !
bangun tak sahor tadi ? mesti bangun kan semangat nak posa..hehe
aku pun bangun , tapi makan nasik goreng je..
alhamdulillah dapat juga makan kan ..
di kesempatan ini aku nak mohon maaf atas segala kesalahan yang tak sengaja atau di sengajakan ye
MAAF ZAHIR DAN BATIN

sapa yang tak posa hari ni ? padan muka nanti kene ganti..hehe
petang nanti kalu free boleh pegi bazar kan 
mesti ramai kat sana berpusu-pusu punya...
first puasa memang ramai,,bab semua pakat semangat..

kalau untuk berbuka nanti mesti banyak lauk ,,penuh satu meja kn 
lepastu bagi-bagi kat jiran sebelah(tukar-tukar lauk)hehe
ayam percik,daging kari,udang,
air laicikang,air tebu,air soya&cincau
kuih bermacam-macam!
fuh penat dok cerita pasal first ramadan nih
hahaha

malam kang pulak mesti nak pegi terawikh
kalau rajin buat penuh,,kalo x 8 je lah..haha

ok lah habis untuk sehari berpuasa..kuang kuang kuang

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 18 July 2012

Awas ! Ada Makna di sebalik "Peace"

Assalamualaikum & hye sume ♥
Pernah tak korang ambik gambar buat tanda PEACE ? Kalau cakap xpernah macam tipu jew kan. Even aku sendiri pun pernah. Biasa la da jadik macam trend & style kot bila bergambar jew jari terpacak buat "Peace". Yew x ? Tapi tahukah anda makna di sebalik simbol tersebut ?

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).
Ok da tahu kan ? lepas ni bergambar buat gaya macam tengah nyanyi lagu Negaraku ye :)


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 29 June 2012

Letak Background Bercorak Pada Blockquote

Assalamualaikum..hai hari ni sya nak ajar korang buat tuto pasal blockquote..
sesiapa yang tidak tahu apa itu blockquote meh sini dekat2 saya nak tunjukkan..
YANG WARNA PINK TU LAH BLOCKQUOTE
amacam dah kenal apa tu blockquote??oke kalau dah tahu apa itu blockquote jom kita letak background untuk blockqoute..

1. Login > dashboard > design > edit HTML
2. Backup template asal blog dengan download full template
3.Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod berikut
.post blockquote {
4. Kemudian di bawah kod tersebut, letakkan kod ini.
background-image:url(url gambar);
url gambar: tukarkan dengan url gambar yang anda hendak jadikan background.
5. Apabila selesai, save template dan lihat hasilnya.:)
SELAMAT MENCUBA !!





♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 28 June 2012

UAI Datang Gerik

Assalamualaikum..
sapa yang tak kenal UAI?tutup mulut,,hehe
semalam UAI datang Gerik,,fuhh sambutannya amat menggalakkan.Kalau tak silap seramai 50000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah beliau..aku tak pegi dengar pun..hahah,,ramai sangat orang ,nak masuk pun susah aku lalu je kat Lapangan Terbang tu tapi tak berhenti pun,,parking pun tak dak..dahsyat-dahsyat..





oke yang ni je nak aku kongsikan nan korang...
dah kenal dengan UAI?
Ustaz Azhar Idrus ..
hahah


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 27 June 2012

Tutorial : Header Hover Bergerak Ke Tepi

Assalamualaikum..
hari ni aku nak wat tuto ,,walaupun aku rasa tuto ni mungkin dah ramai yang tahu tapi aku tetap nak buat jugak..sapa nak try?
let's go!!
1. Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl+F, cari code kat bawah ni
/* Header
kod die macam kat bawah ni kan kan kan?
/* Header
----------------------------------------------- */
3. Copy code kat bawah ni then paste bawah kod no.2 tadi.
.header:hover{
padding-left: 30px;
-webkit-transition-duration: 5s;
}
siap!!senang tak ?kalau dah jadik bagitau la ye..
SELAMAT MENCUBA..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 25 June 2012

★Sibuk Nak Sukan Pulak★

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya..
wahhh banyak pulak aku bagi salam kali ni yerk ? 
la orang Perak rupanya ..terbongkar sudah..hahah
amacam kome sihat x?(cakap Perak konon blah la dah la tak pandai):))
oke la buang masa plak aku ni...
emm sukan pun dah nak dekat ,,besok ada raptai sukan kat sekolah (penatnya)
korang mesti nak tanya aku masuk acara apa sukan ni kan?
hah!xnak tanya takpalah,,tapi aku nak cite jugak 
ACARA YANG DISERTAI:
1.400 meter
2.800 meter
3.1500 meter
4.lontar peluru
5.lompat jauh
wah banyaknya aku masuk betul ke ?macam tak caya je!
padan muka kene tipu 
aku tak masuk apa2 pun lah haha,,
orang macam aku nak masuk lumba lari boleh ke ??
sudah semestinya tidak,,
oke la penat plak banyak2 menaip..
bybyby
BERSUKANLAH UNTUK NEGARA

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 21 June 2012

Tutorial : Energy Saver Untuk Blog

Assalamualaikum...
hurmm dh brapa hari tak nengok blog aku yang tak kemas vs tak comey ni !
almaklumlah sibuk memanjang sekarang ni..ahaks
oke dah lama aku tak wat tuto memandangkan hari ni aku ada masa sikit aku nak kongsikan nan korang..
let's go bebeh..hahah
Contoh blog apabila diletakkan energy saver seperti gambar di bawah.
 

nak wat tuto ni tak ? jom ikut langkahnya..

1. Dari dashboard > design > edit html.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod </head>

3. Copy kod di bawah dan paste SEBELUM kod </head>
<script language='javascript' src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>
 Contoh:
4. Save dan lihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA !!

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 17 June 2012

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum..
korang tahu tak hari ni Isra dan Mi'raj ?
mesti la tahu kan bagi umat Islam..oke hari ni saya nak kongsikan perisiwa Isra dan Mi'raj ini !!

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1.Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
2.Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3.Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4.Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5.Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

1.Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
2.Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
3.Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
4Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
5.Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
6.Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
7.Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
8.Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
9.Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
10.Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
11.Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Saturday 16 June 2012

SELAMAT HARI BAPA


Assalamualaikum ?
hari ni bukan sahaja peristiwa Isra dan Mi'raj malah hari ini ialah Hari Bapa..
amacam semua dah ucap SELAMAT HARI BAPA kat ayah korang ?
belum lagi !! samalah kita..hahah

Di kesempatan ini saya inigin mengucapkan 
SELAMAT HARI BAPA 
kepada bapa saya dan bapa2 di luar sana ..
bukannya diorang pun..hahaha
masak lah sedap2 ye untuk bapa korang jangan lupa beli kek..
oke lah ye byby..<3

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 15 June 2012

Tutorial : Cara Buat Akaun Blogspot

Assalamualaikum..hye ?
dah brapa hari tak update blog sibuk sangat sekarang ni al-maklumlah pelajar sekolah ..hahah
oke hari saya nak wat tuto untuk new blogger yang baru nak buat blog..meh dekat nak ajar.

Cara Buat Akaun Blogspot

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link tekan SINI
 2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'sign up'
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
 4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog.

Cara Buat Akaun Blogspot



5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

SELAMAT MENCUBA!!


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥