Friday 29 June 2012

Letak Background Bercorak Pada Blockquote

Assalamualaikum..hai hari ni sya nak ajar korang buat tuto pasal blockquote..
sesiapa yang tidak tahu apa itu blockquote meh sini dekat2 saya nak tunjukkan..
YANG WARNA PINK TU LAH BLOCKQUOTE
amacam dah kenal apa tu blockquote??oke kalau dah tahu apa itu blockquote jom kita letak background untuk blockqoute..

1. Login > dashboard > design > edit HTML
2. Backup template asal blog dengan download full template
3.Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod berikut
.post blockquote {
4. Kemudian di bawah kod tersebut, letakkan kod ini.
background-image:url(url gambar);
url gambar: tukarkan dengan url gambar yang anda hendak jadikan background.
5. Apabila selesai, save template dan lihat hasilnya.:)
SELAMAT MENCUBA !!





♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 28 June 2012

UAI Datang Gerik

Assalamualaikum..
sapa yang tak kenal UAI?tutup mulut,,hehe
semalam UAI datang Gerik,,fuhh sambutannya amat menggalakkan.Kalau tak silap seramai 50000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah beliau..aku tak pegi dengar pun..hahah,,ramai sangat orang ,nak masuk pun susah aku lalu je kat Lapangan Terbang tu tapi tak berhenti pun,,parking pun tak dak..dahsyat-dahsyat..





oke yang ni je nak aku kongsikan nan korang...
dah kenal dengan UAI?
Ustaz Azhar Idrus ..
hahah


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Wednesday 27 June 2012

Tutorial : Header Hover Bergerak Ke Tepi

Assalamualaikum..
hari ni aku nak wat tuto ,,walaupun aku rasa tuto ni mungkin dah ramai yang tahu tapi aku tetap nak buat jugak..sapa nak try?
let's go!!
1. Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl+F, cari code kat bawah ni
/* Header
kod die macam kat bawah ni kan kan kan?
/* Header
----------------------------------------------- */
3. Copy code kat bawah ni then paste bawah kod no.2 tadi.
.header:hover{
padding-left: 30px;
-webkit-transition-duration: 5s;
}
siap!!senang tak ?kalau dah jadik bagitau la ye..
SELAMAT MENCUBA..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 25 June 2012

★Sibuk Nak Sukan Pulak★

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya..
wahhh banyak pulak aku bagi salam kali ni yerk ? 
la orang Perak rupanya ..terbongkar sudah..hahah
amacam kome sihat x?(cakap Perak konon blah la dah la tak pandai):))
oke la buang masa plak aku ni...
emm sukan pun dah nak dekat ,,besok ada raptai sukan kat sekolah (penatnya)
korang mesti nak tanya aku masuk acara apa sukan ni kan?
hah!xnak tanya takpalah,,tapi aku nak cite jugak 
ACARA YANG DISERTAI:
1.400 meter
2.800 meter
3.1500 meter
4.lontar peluru
5.lompat jauh
wah banyaknya aku masuk betul ke ?macam tak caya je!
padan muka kene tipu 
aku tak masuk apa2 pun lah haha,,
orang macam aku nak masuk lumba lari boleh ke ??
sudah semestinya tidak,,
oke la penat plak banyak2 menaip..
bybyby
BERSUKANLAH UNTUK NEGARA

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Thursday 21 June 2012

Tutorial : Energy Saver Untuk Blog

Assalamualaikum...
hurmm dh brapa hari tak nengok blog aku yang tak kemas vs tak comey ni !
almaklumlah sibuk memanjang sekarang ni..ahaks
oke dah lama aku tak wat tuto memandangkan hari ni aku ada masa sikit aku nak kongsikan nan korang..
let's go bebeh..hahah
Contoh blog apabila diletakkan energy saver seperti gambar di bawah.
 

nak wat tuto ni tak ? jom ikut langkahnya..

1. Dari dashboard > design > edit html.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod </head>

3. Copy kod di bawah dan paste SEBELUM kod </head>
<script language='javascript' src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>
 Contoh:
4. Save dan lihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA !!

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 17 June 2012

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum..
korang tahu tak hari ni Isra dan Mi'raj ?
mesti la tahu kan bagi umat Islam..oke hari ni saya nak kongsikan perisiwa Isra dan Mi'raj ini !!

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1.Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
2.Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3.Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4.Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5.Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

1.Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
2.Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
3.Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
4Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
5.Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
6.Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
7.Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
8.Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
9.Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
10.Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
11.Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Saturday 16 June 2012

SELAMAT HARI BAPA


Assalamualaikum ?
hari ni bukan sahaja peristiwa Isra dan Mi'raj malah hari ini ialah Hari Bapa..
amacam semua dah ucap SELAMAT HARI BAPA kat ayah korang ?
belum lagi !! samalah kita..hahah

Di kesempatan ini saya inigin mengucapkan 
SELAMAT HARI BAPA 
kepada bapa saya dan bapa2 di luar sana ..
bukannya diorang pun..hahaha
masak lah sedap2 ye untuk bapa korang jangan lupa beli kek..
oke lah ye byby..<3

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 15 June 2012

Tutorial : Cara Buat Akaun Blogspot

Assalamualaikum..hye ?
dah brapa hari tak update blog sibuk sangat sekarang ni al-maklumlah pelajar sekolah ..hahah
oke hari saya nak wat tuto untuk new blogger yang baru nak buat blog..meh dekat nak ajar.

Cara Buat Akaun Blogspot

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link tekan SINI
 2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'sign up'
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
 4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog.

Cara Buat Akaun Blogspot



5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

SELAMAT MENCUBA!!


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Tuesday 12 June 2012

Tutorial: Cara letak cursor dalam blog

Assalamualaikum..
k ari nih saya nak tunjuk tuto letak cursor untuk blog korang,,
Let's go !

1. Dashboard >Design>Add a Page element >html/javascript
2. Copy code kat bawah nie dan pastekan kat html/javascript tu ye:
*pilih lah nak cursor yang mna
*copy kod cursor yang minat je
Pink Skull Crossbones
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/holidays/hol-4/hol337.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2009/10/14/pink-skull-crossbones.html" target="_blank" title="Pink Skull Crossbones"></a>
Lucky Charms Rainbow
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/food/foo-6/foo507.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/food/foo-6/foo507.png), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/11/28/lucky-charms-rainbow.html" target="_blank" title="Lucky Charms Rainbow"></a>

Cute Pink Kaoani
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-8/oth755.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/01/02/cute-pink-kaoani.html" target="_blank" title="Cute Pink Kaoani"></a>
 Red Bow Tie
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-9/oth801.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/02/04/red-bow-tie-6.html" target="_blank" title="Red Bow Tie"></a>
Bobblehead Bunny
 <style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/nature/nat-11/nat1034.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/nature/nat-11/nat1034.gif), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/01/29/bobblehead-bunny.html" target="_blank" title="Bobblehead Bunny"></a>
oke tak cursor ni ? nak lebih banyak tekan SINI


SELAMAT MENCUBA !! 

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 11 June 2012

Freebies : Cute favicon

Assalamualaikum..
oke hari ni sya nak bagi freebies untuk korang ..
nak tak ? ,,sori kalau tak cute macam title nya .. hahah
jom terjah ..]]

http://www.drikoti.net/Goodies/Favicons/Gifs/fv-new01.png

http://www.drikoti.net/Goodies/Favicons/Gifs/fv-new14.png
http://www.drikoti.net/Goodies/Favicons/Gifs/fv-new18.png

http://www.drikoti.net/Goodies/Favicons/Gifs/fv-new19.png
*kalau nak ambik lah ye!
tak yah mintak2 kalau muka tak malu.. hahah
COOMING SOON :
freebies cursor pulak
jangan lupa nantikan ye

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Sunday 10 June 2012

Tutorial : Tukar Warna Highlight

Assalamualaikum ..
Oke, hari ni saya nak ajar korunk , cam ner nak ubah warna highlight.!
Macam at bawah niyh ;)

Oke , ikut step saya taw 
1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Then , korunk cari kod ini : (Nak cari tekan Ctrl+F)

a:link {
 3. Copy code kat bawah ni , and paste kan sebelum code yang anda cari tadi tu ok :)


::-moz-selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}
::selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}

-Yang warna purple di atas , korang boleh tukar kan dgn warna kesukaan korang ok?
-  Nak cari warna , klik SINI. :)

Sudah siap ? Save ok ! Dan Lihat hasilnya 

SELAMAT MENCUBA :)

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Friday 8 June 2012

' Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '.

Assalamualaikum
..wah3 hari ni aku join 2 GA,,dahsyat tak..tak pon ..hahahah!tamak betul aku join sampai 2,bukan apa boring cuti2 cam gini kan..lagi pun GA ni best
CLICK BANNER CEPAT


Syarat :

1. Follow Blog MizzsNinie, CikMun dan DrFara.
2.  Like Page MizzsNinie dan DrFara.
3. Buat satu entry yang bertajuk ' Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '.
4. Tampalkan banner diatas di dalam entry anda.
5. Tag minimum 5 orang blogger dan pastikan mereka tahu tentang giveaway ini.
6. Komen link entry anda di ruangan komen *cbox tak diterima* ( kalau komer join melalui mizzsninie atau drfafa atau mun , tinggalkan di komen mizzsnine atau drfafa atau mun . tak perlu hantar link sampai ketiga tiga . paham kan ?

Hadiah :

* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Button Badge K-pop
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner

Cara Pemilihan Pemenang :

Pemenang dipilih 100% berdasarkan ' TOP REFFERAL '

Nota :

* Jangan sesekali menipu. Pastikan anda iku semua syarat yang telah diberikan!
* Gambar hadiah di banner hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

amacam CAYALAH ! join cepat

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

First Giveaway by Alia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 
wah rasa seronok pulak first time join GA hahah !
sebenarnya aku bukannya pandai sangat pun nak join GA ni tapi disebabkan nak dapat iphone 4S aku apa lagi join lah dengan cepatnya(tapi aku bukan orang pertama join)wkwkwk
sapa nak join klik je banner kat bawah ni ye



kalau nak join contest mesti ada syaratkan ? tak sah kalu takdak syarat ..heheh
meh dekat nak bagitahu

SYARAT-SYARAT :

Buat satu entry mengenai giveaway ini.
Letak banner di atas pada entry dan link kan banner dengan entry Alia's blogshop.
Tag 2 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
Follow blogshop ini untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut :)
Like fanpage Alia's Blogshop.
Letak link entry di comment bukan link blog

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :

Dress,blouse, top up, voucher and much more.

So, join la Alia punya GA..
besttt

TARIK TUTUP :

24 Jun 2012

saya tag dekat Bubble Glitters dan Pinky Minky /PM/

hadiah iphone 4S tu saya tipu je ..wkwkwkwkwk
ramai yang join GA ni sebab best ,jom lah sama2 kita join interesting taw
jangan lupa ikut syarat-syarat tu taw nanti tak boleh nak menang ..hahaha


♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Tuesday 5 June 2012

PUASA REJAB


PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.



♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

Monday 4 June 2012

kasyian blog gue

helo semua ,, gimana cuti semester ini ,,asyik engak ? waduh2 engak asyik gimana tuh ya?bahasa indonesia mana ni . hahah ..  
emm dah lama aku tak update blog nih ,,nak update pon xtau nk buat hape..nk buat TUTORIAL pun tak reti sangat .. hahah..jadik,, hari ni aku update lah di waktu malam yang dingin sayup ni ..ceewahh
ok dah la ye .. nice to mee you all ,,love,love 
OH MY ENGLISH  !

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥