Thursday 6 December 2012

Rindu Blog

Assalamualaikum ?
hehe dah lama aku tak update blog ni,rindu pulak hari ni nak update,,
memandangkan aku pon dok sesaja je cuti-cuti gini pagi ni aku nak kongsikan satu cite ..hahah
gosip?politik?resepi?haha,,semua bukan..nak tahu jom baca lagi..

Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.

Bagi aku, maksud cinta selepas nikah itu ialah “percintaan/bercinta” yang wujud hanya selepas nikah,hanya selepas sah akad nikah.

Tiada “percintaan/bercinta” sebelum nikah. kita lihat remaja sekarang kebanyakannya “bercinta” sebelum nikah atau istilah mereka “couple”. Tiada istilah “Couple” dalam islam sebelum menikah. “Couple” itu wujud hanyalah selepas nikah.

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.

wah aku cerita pasal cinta hari ni..hahah
maklumlah aku kan tak penah cita pasal cinta-cinta ni,tetiba terdetik kat hati nak kongsi ngan korang pasal ni..hahah
k babai....jumpa lagi nanti,,tengs for read..

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

0 ❤ Pengomen ! ❤: