Thursday 26 January 2012

juadah sempena Gong Xi Fa Cai

bimillahirahmanirrahim.. 
assalamualaikum blogger-blogger sekalian ?

wah-wah-wah juadah ape ye yang aku nak kongsikan nan korang hari nih sempena hari raya cina yang dah berlalu beberapa hari yang lepas..cuba teka ! cuba teka ! haha
ok , first of all , wah3 speaking aku .. hahah ! ok kembali kepada tajuk yang tertera di atas hari nih aku nak bagi resepi untuk korang yang berbunyi :::

AYAM GONG XI

resepi ayam Gong Xi
bahan:
  • 1 ekor ayam dibersihkan 
  • 1 bungkus Chinese 5 Spices
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 cawan madu
  • 10 cm halia-diketuk
  • 2 labu bawang putih-diketuk sekali dengan kulit 
  •  3 sudu besar Pasti Sedap Knorr
  • garam dan air secukupnya untuk mereneh ayam 
  • 7 biji  limau kasturi -ambil jusnya
bahan untuk perisa :
  • 4 sudu besar sos tiram 
  • 5 sudu besar kicap manis -minyak untuk digoreng (deep fry) 
bahan untuk sos cili :
  •  4 biji limau kasturi -dibelah dua dan dibuang biji
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sentimeter halia
  • 5 batang lada merah
  • cili padi ikut selera 
  • 5 sudu gula 
  • 1 sudu Pasti Sedap Knorr
  • 300 mililiter air
  • garam secukup rasa-kisar kesemua bahan ini dan masak seketika


ok ! caranya buat sendiri lah yer !
haha tipu je
meh-meh nak bagitau cara membuatnya pulak :
masuk kesemua bahan reneh ayam dalam periuk besar dan renehkan selama 15 minit dan masukkan jus limau kasturi  dan renehkan lagi selama 6-10 minit.angkat dan tos kering.lumurkan dengan sos tiram , kicap , dan biarkan dalam lima minit baru digoreng dengan  turut menjirus minyak ke atas ayam .apabila ayam berwarna keperang-perangan,angkat dan toskan.ok dah siap !  senangkan ..cubelah ye

sempena gong xi fa cai ni resepi pon mesti kene berlimau .. al-maklumlah limau free banyak..hahah..resepi ni HALAL tau walaupon sempena gong xi fa cai !sekian,terima kasih .. 

♥ Terima kasih sudi membaca ! Kalau suka LIKE dan Komen lah ye ! ♥

0 ❤ Pengomen ! ❤: